Nuffnang Ads

Saturday, 16 March 2013

Tips Menguruskan Badan

Morning guys.. tadi dok depan cermin membelek2 diri then i noticed something.. GEMOKKKKKKK nyeeeee ! *ek eleh cam selama ni x perasan lak diri mmg gemok*  Oh gosh.. bulan 7 tak lame je lagi ni (will story bout this later ;) sempat ke nak kurus ni? Bila da timbul persoalan gini, baru lah diri mule menggelabah dok cari tips2 kuruskan badan.. haih mina minot.. dah terhantuk barulah nak terngadah *nak bersimpulan bahasa gitu. correct me if i wrong hewhew*.

Semua tips2 ni kak not dapat macam biase la kan.. dari abam Google.. ngeh ngeh ngeh.. so, let's begin ! wuhuuuuu ^_^

TIPS 1

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Lapan Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak. Badan memerlukan 2 jam untuk menghadam makanan.


* Jangan skip waktu makan anda. Jika sudah biasa makan 3 kali sehari-teruskan namun amalkan diet seimbang dalam setiap hidangan atau kecilkan saiz hidangan. Ini kerana metabolisme anda boleh menjadi rendah jika anda kerap skip waktu malam.

* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.Makan buah-buahan dulu sebelum makanan utama. Vitamin dalam buah-buahan hanya memerlukan 10 minit untuk serap di dalam badan. 

* Jangan buang diet protein dalam diet anda.Badan memerlukan protein seperti ikan, ayam. Cara memasak yang perlu diperbaiki untuk kekal sihat. Jika anda skip protein anda akan merasa lebih lapar dan makan lebih dari yang disyorkan.

* Jika masih merasa lapar di waktu bukan waktu makan utama- lunch dan dinner- ambil snack yang berkhasiat seperti oat,buah-buahan @sayur-sayuran. Bukan jajan tau.

* Elakkan makan makanan manis jika anda bersedih- seperti Coklat. Memang ia mengeluarkan adneralin untuk buat anda gembira tapi ia juga menambah kandungan gula dalam badan anda.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

*Tak perlu alat senaman yang mahal- mahal untuk bersenam-(kalau ada lagi bagus) Botol air yang berisi air boleh dijadikan dumbell. Senaman tak perlu pilih waktu- dipejabat,di rumah pun boleh buat- Naik tangga, berjalan.
Kalau tak suka bersenam,anda boleh menari sebagai alternatif senaman.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

TIPS 2 (Secara Semulajadi)

1. Limau nipis
Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.
2. Nanas
Buah nanas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.
3. Buah delima
Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiao bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam,  dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.
4. Lobak merah dan timun
Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehinggaanda mencapai berat badan yang diinginkan.
5. Daun salam (atau daun kari)
Daun  salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.
6. Halia
Jus halia ini pula perkongsian dari kawan cik tom. Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.


Peh macam2 petua haa.. tak pasti la boleh buat ke tak ni tapi demi bulan 7 dan bulan 3 tahun depan, aku kena gak kuat dlm mengharungi ombak dan badai cabaran diet ni.. aku boleh ! *tetibe*

No comments:

Post a Comment

Flashy Colorful Pink Star