Nuffnang Ads

Sunday, 17 March 2013

Tips Berguna Untuk Bakal Pengantin weeeeee ^_~ PART 1

Uish kalau cerita bab kawin2 ni kemain seronok lagi ha.. excited jah oiii.. hormon miang sampai telebih2 keluar membuatkan tuan badan senyum memanjang sampai ke telinga.. hewhew

Tapi.. jangan excited sangat dik non oii.. persiapan diri kita lepas kawin nanti macam mana pulak? taknak la kan terjadi kes-kes keluar front page metro tajuk "Becerai selepas 5 hari kawin sebab bini tak pandai masak asam pedas kegemaran laki die kateqoooo"  okay yg kateqooo tu aku tambah sendiri ngeh ngeh =P

So, di bawah ni aku sertakan tips yg di copy paste dari blog Aisyah Humaira (die best weh) perisiannya lebih ke arah islamik which is good as we already know yg couple tu kan HARLEM SHAKE  eh eh HARAM. Cekidaut !


TIPS PERSEDIAN BUAT BAKAL PENGANTIN
  • Pasangan yang bakal berkahwin perlu tahu dan faham skop tanggungjawab masing-masing dalam memainkan peranan sebagai suami mahupun isteri. Kewajipan melaksanakan amanah tersebut adalah kewajipan dan menjadi tuntutan agama, malah ia akan dihisab di padang Mahsyar kelak.

  • Pasangan yang bakal berkahwin juga mesti mendalami ilmu agama secara berterusan terutama untuk bakal suami, kerana menjadi kewajipan suami kelak untuk mendidik isteri dengan ilmu agama. Jika tidak mampu, cadangkan dan doronglah mereka untuk menhadiri kuliah-kuliah agama. Jangan pula kita menghalang mereka daripada menuntut ilmu agama.

  • Perlu adanya satu ketetapan sebelum perkahwinan bahawa walau apa pun terjadi dalam rumahtangga (selagi tidak memudaratkan), maka jangan sampai ia melibatkan orang ketiga termasuklah kedua ibu bapa atau mentua. Berdepanlah secara lemah lembut dan berhikmah dengan pasangan, insyaAllah keharmonian rumah tangga menjadi habuan.

  • Perlunya pasangan itu memahami adat resam budaya tempatan pasangannya jika perkahwinan mereka berbentuk rentas budaya (cross-cultural). Sentiasa menghormati dan cuba salami dan asimilasikan adat resam budaya belah pasangan, anda tentu akan menjadi kebanggaan bakal mentua.

  • Keterbukaan dan perbincangan tuntas secara berterus terang mampu untuk memahamkan pasangan masing-masing jika bakal pengantin tersebut menghadapi masalah seksual. Kerana adalah lebih baik berterus terang dan bagi hak untuk diri pasangan memilih samaada untuk terus bersama atau sebaliknya. Jika hal ini hanya diketahui selepas berkahwin maka pasangan akan tertipu dan yakinlah implikasinya akan bertambah buruk.

  • Buat persediaan yang mantap dari sudut ekonomi. Tidak dinafikan Allah menjamin rezeki kita apabila sudah berkahwin. Ini juga sudah dinukilkan dalam lembaran kalamNYA. Namun janganlah pula tunggu sehingga masalah ekonomi memangkin kepada punca krisis rumahtangga. Sebenarnya sikap tanggungjawab dan berusaha paling penting. Yakinlah Allah tidak akan sia-siakan usaha kita untuk melakukan perkara yang disuruhNYA.

    • Kerjaya yang merujuk kepada pangkat. Pada hari ini menjadi kebiasaan wanita yang lebih bekerjaya mengahwini lelaki yang berjawatan biasa. Di sini sifat sabar pihak suami perlu dioptimumkan dan sifat ego pihak perempuan perlu diminimunkan. Hormatlah pasangan sebagai suami isteri nescaya kehidupan akan harmoni.

    • Kesihatan adalah faktor yang agak penting dalam proses pembinaan rumahtangga kerana penyakit kronik hanya akan dianggap menyusahkan pihak yang satu lagi. Jagalah kesihatan untuk orang yang tersayang. Jauhilah amalan merokok dan pemakanan serta gaya hidup merisikokan diri kepada penyakit kronik. Jika penyakit itu terjadi selepas perkahwinan kepada salah seorang pasangan, mereka perlu bersabar. Yakinlah Allah tidak akan menguji hambanya jika ujian tersebut tidak mampu kita tanggung.

    • Hiasi diri dengan akhlak dan perangai yang dianjurkan oleh Islam. Tunjukkanlah sikap-sikap yang mahmudah dan elakkan bersifat mazmumah.

    • Cubalah belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul. Hampir 80% kegagalan rumahtangga berpunca dari masalah komunikasi. Krisis ini muncul apabila pasangan mendapati dirinya tidak difahami oleh pasangannya dan ini akan menimbulkan rasa tidak diambil berat lantas mencetuskan pemberontakan dalaman.


Terbaik kan pengisian dia? Moga menjadi peringatan bermanfaat buat B2B out there and of course for me (tu diaaaaa hormon miang da maiiiii daaaa) -_____________-

Saturday, 16 March 2013

Tips Menguruskan Badan

Morning guys.. tadi dok depan cermin membelek2 diri then i noticed something.. GEMOKKKKKKK nyeeeee ! *ek eleh cam selama ni x perasan lak diri mmg gemok*  Oh gosh.. bulan 7 tak lame je lagi ni (will story bout this later ;) sempat ke nak kurus ni? Bila da timbul persoalan gini, baru lah diri mule menggelabah dok cari tips2 kuruskan badan.. haih mina minot.. dah terhantuk barulah nak terngadah *nak bersimpulan bahasa gitu. correct me if i wrong hewhew*.

Semua tips2 ni kak not dapat macam biase la kan.. dari abam Google.. ngeh ngeh ngeh.. so, let's begin ! wuhuuuuu ^_^

TIPS 1

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Lapan Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak. Badan memerlukan 2 jam untuk menghadam makanan.


* Jangan skip waktu makan anda. Jika sudah biasa makan 3 kali sehari-teruskan namun amalkan diet seimbang dalam setiap hidangan atau kecilkan saiz hidangan. Ini kerana metabolisme anda boleh menjadi rendah jika anda kerap skip waktu malam.

* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.Makan buah-buahan dulu sebelum makanan utama. Vitamin dalam buah-buahan hanya memerlukan 10 minit untuk serap di dalam badan. 

* Jangan buang diet protein dalam diet anda.Badan memerlukan protein seperti ikan, ayam. Cara memasak yang perlu diperbaiki untuk kekal sihat. Jika anda skip protein anda akan merasa lebih lapar dan makan lebih dari yang disyorkan.

* Jika masih merasa lapar di waktu bukan waktu makan utama- lunch dan dinner- ambil snack yang berkhasiat seperti oat,buah-buahan @sayur-sayuran. Bukan jajan tau.

* Elakkan makan makanan manis jika anda bersedih- seperti Coklat. Memang ia mengeluarkan adneralin untuk buat anda gembira tapi ia juga menambah kandungan gula dalam badan anda.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

*Tak perlu alat senaman yang mahal- mahal untuk bersenam-(kalau ada lagi bagus) Botol air yang berisi air boleh dijadikan dumbell. Senaman tak perlu pilih waktu- dipejabat,di rumah pun boleh buat- Naik tangga, berjalan.
Kalau tak suka bersenam,anda boleh menari sebagai alternatif senaman.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

TIPS 2 (Secara Semulajadi)

1. Limau nipis
Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.
2. Nanas
Buah nanas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.
3. Buah delima
Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiao bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam,  dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.
4. Lobak merah dan timun
Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehinggaanda mencapai berat badan yang diinginkan.
5. Daun salam (atau daun kari)
Daun  salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.
6. Halia
Jus halia ini pula perkongsian dari kawan cik tom. Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.


Peh macam2 petua haa.. tak pasti la boleh buat ke tak ni tapi demi bulan 7 dan bulan 3 tahun depan, aku kena gak kuat dlm mengharungi ombak dan badai cabaran diet ni.. aku boleh ! *tetibe*

Thursday, 14 March 2013

Giler KEK !!

tadi tengok fesbuk nampak kwn post gambor chocolate indulgence SC.. tetibe meroyan sekejap. tekak meronta2 mahukan kek di dlm gambar itu tapi apakan daya tidak mampu ku gapainya. *bedrama sikit* hanya mampu melihat dan menelan ayaq liuq.. gulpp gulpp.. huhu buruk bebenor bunyik ! >.<

SEDIH RASA ! dah la duit takdak, elaun lambat masuk  *tepaksa sensored.nnt kena buang sekolah oleh MARA sbb asyik loqlaq dok habaq tak dpt elaun*.. haih.. T_T

TAPI ! tidak mengapa.. terima kasih yg tak terhingga pada abam Google Image kerana telah merealisasikan impian saya utk mkn kek *hang nak makan camana minot oiii? kek dok dlm laptop. gila*

YA ! walaupun hanya melihat gambar2 kek tersebut dlm laptop, tapi dgn secara automatiknye, sy berasa puas dan kenyang seolah2 seperti saya sedang menikmati kek tersebut *sah gila*.


say hai gojesss !


meleh2 baq hangggggg !


Tuhan turunkan ribut, taufan, hujan lebat dan petir kerana pada kemudiannya Dia kurniakan kite pelangi.. :')  *bole ke buat perumpamaan gitu tehadap kek ni?hewhew*


name melayu die nak gah.. si baldu merah katenye.. masuk perut aku, x rupe baldu da.. :p


ni blue velvet. adik kepada red velvet tadi. genetik blue velvet ni mungkin lebih pada belah bapa rasanya... 
*suke hati*


ini.. ini.. ini idaman kalbu.. kasi mkn sama vanilla ice-cream.. peh ! terangkat bai ! terangkat.. o.0


ok. ni kak not nak bagi penerangan serba sedikit tentang kek ni.. name nye 'Ombre Cake'. die same jugak mcm rainbow cake sbb ade byk layer tapi layer rainbow cake tu byk.. 6 ke 7.. ombre cake ni hanye pkai satu jenis kaler je tp ikut turutan kegelapan warna tersebut *betul ke ayat aku?*... contoh nye mulekan dgn putih dulu, then pink cair, then pink pekat sikit, then pink pekat banyak last sekali pink BAPAK pekat.
*i mean pekat sangat2. ngeh3*



Sekian saja paparan tentang kek untuk harini. pada anda yg beriya2 meronta2 meroyan2 sangat nak mkn kek tapi takdak duit (macam saya -.-), boleh la melayari search web yg terdekat seperti Google dan Yahoo. Nescaya anda tidak akan rasa kempunan sangat lepas melihat gambar2 kek tersebut. Percayalah, berkesan sangat.. :)

*saat anda membaca ayat terakhir, sy sudah pun korek2 tabung, pi start enjin keta, pi JJ Aeon Bandaraya Melaka, masuk Secret Recipe, minta one slice chocolate indulgence dan makan.. oooo heaven*

Wednesday, 13 March 2013

1st Post - Mengenali ITE (Internet & e-Commerce)

Haaa amik ko jah ! first post je da kene perah otak.. haha.. takpe la, utk pengetahuan jugak kan.. ok, utk information korang, korang dan korang, ni salah satu subjek yg aku belajar sem ni (p/s: currently, im in sem 4 now.ok annoying rse bile ber'english' bagai) subject named Internet & e-Commerce (ITE2513).

We started with introduction of Internet first okay then e-Commerce. *sila bace dgn muke yg bersunguh2 ye*

Internet

The Internet links are computer networks all over the world so that users can share resources and communicate with each other. Some computers, have direct access to all the facilities on the Internet such as the universities. And other computers, eg privately-owned ones, have indirect links through a commercial service provider, who offers some or all of the Internet facilities. In order to be connected to Internet, you must go through service suppliers. Many options are offered with monthly rates. Depending on the option chosen, access time may vary. The Internet is what we call a metanetwork, that is, a network of networks that spans the globe. It's impossible to give an exact count of the number of networks or users that comprise the Internet, but it is easily in the thousands and millions respectively. The Internet employs a set of standardized protocols which allow for the sharing of resources among different kinds of computers that communicate with each other on the network. These standards, sometimes referred to as the Internet Protocol Suite, are the rules that developers adhere to when creating new functions for the Internet.
The Internet is also what we call a distributed system; there is no central archives. Technically, no one runs the Internet. Rather, the Internet is made up of thousands of smaller networks. The Internet thrives and develops as its many users find new ways to create, display and retrieve the information that constitutes the Internet. 


*klau x paham,pi bukak kamus naa.. klau malas tahap unta nak bukak kamus, tu diaaaa abam google translated ade*


e-Commerce


eCommerce is the use of international networked computers to create and transform business relationships. Applications provide business solutions that improve the quality of goods and services, increase the speed of service delivery, and reduce the cost of business operations. It’s a new methodology of doing business in three focal areas:
                      ·  Business-to-business
                      ·  Business-to-consumer
                      ·  Intra-business
It is most commonly associated with buying and selling information, products, and services via the Internet, but it is also used to transfer and share information within organizations through Intranets to improve decision-making and eliminate duplication of effort. The new paradigm of eCommerce is built not just on transactions but on building, sustaining and improving relationships, both existing and potential.
eCommerce is a new way of doing business, available to companies of all sizes, to create new relationships and extensions to existing business built on relationships, networks and webs of activities. ECommerce levels the playing field for any organization that chooses to participate, small or large.

Okay, so korang da paham ke belum ni kaitan antara internet dan e-commerce ni? if u not understand, leave ur comment in the box below and i will reply as soon as possible. haaa gituuuuu kateqooo... kau hade jah? haha :D

Monday, 11 March 2013

Akhirnya...

Peh, finally.. dah ade blog sendiri.. macam tak pecaye diri serajin ini utk buat blog bla bla bla dan bla...

*oh ITE..klau tak kerana kau, blog ini tidak akan wujud sbb owner nye malas banyak hewhew -.-"*

p/s: sila bace statement di bawah dgn nada ala2 YB tengah berucap

"Tapi, dengan adanya blog ini, saya yakin diri ini akan menjadi lebihhhhhhhh rajin dan tidak akan malas lagi. ini janji saya pada diri ! janji dicapati !" (krekk krekk.. kalau aku rajin meng'hapdet' bnda alah ni laaa. kalau tak rajin, ahh lu pikir la sendiri T__T)



Flashy Colorful Pink Star